~ Status Update ~

Hye there reader!! Enjoy your holiday and HAPPY READING!! - Senorita Caprius Zaura

~Hello 2014~

Wednesday, February 5, 2014

What was written to happen WILL happen...

Perancangan Allah adalah terbaik. Sebanyak mana kita mengelak, kalau memang tertulis, maka ianya akan terjadi juga akhirnya...

Kenyataan. Namun banyak di antara kita yang tidak mampu menerima takdir. Aku dulu pun begitu juga. Jawapan yang Allah tunjukkan terlalu banyak, tapi masih juga menidakkan takdirnya. Aku terus mencuba, berusaha untuk dapatkan apa yang aku mahukan, berusaha tunaikan impian aku.. Dan ya.. Allah bagi kat aku apa yang aku pinta pada waktu itu. Namun, aku tahu.. naluri aku kuat mengatakan, bila sampai masanya, Allah akan tarik semula semua apa yang aku ada. Dan itu yang membuatkan aku takut. Sejak membaca pelbagai cerita, pelbagai jenis novel, surah dan ayat suci, pengalaman daripada org terdekat, dan semenjak itu juga, aku mula berubah. Perubahan aku walaupun tidak ketara, walaupun hanya sedikit, itu urusan aku dengan-Nya, dan jiwa aku kini lebih tenang berbanding dahulu. Aku berharap agar diri aku lebih tenang dalam menghadapi apa pun ujian yang mendatang.

Walau apa pun akan terjadi selepas ini, aku akan redha dengan ketentuan-Nya. Kerana aku tahu Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buat hamba-Nya. Semoga aku istiqamah untuk terus berubah menuju ke arah kebaikan sebelum 'pintu' itu tertutup buat selamanya..

No comments:

Tweet Tweet