~ Status Update ~

Hye there reader!! Enjoy your holiday and HAPPY READING!! - Senorita Caprius Zaura

~Hello 2014~

Wednesday, February 5, 2014

What was written to happen WILL happen...

Perancangan Allah adalah terbaik. Sebanyak mana kita mengelak, kalau memang tertulis, maka ianya akan terjadi juga akhirnya...

Kenyataan. Namun banyak di antara kita yang tidak mampu menerima takdir. Aku dulu pun begitu juga. Jawapan yang Allah tunjukkan terlalu banyak, tapi masih juga menidakkan takdirnya. Aku terus mencuba, berusaha untuk dapatkan apa yang aku mahukan, berusaha tunaikan impian aku.. Dan ya.. Allah bagi kat aku apa yang aku pinta pada waktu itu. Namun, aku tahu.. naluri aku kuat mengatakan, bila sampai masanya, Allah akan tarik semula semua apa yang aku ada. Dan itu yang membuatkan aku takut. Sejak membaca pelbagai cerita, pelbagai jenis novel, surah dan ayat suci, pengalaman daripada org terdekat, dan semenjak itu juga, aku mula berubah. Perubahan aku walaupun tidak ketara, walaupun hanya sedikit, itu urusan aku dengan-Nya, dan jiwa aku kini lebih tenang berbanding dahulu. Aku berharap agar diri aku lebih tenang dalam menghadapi apa pun ujian yang mendatang.

Walau apa pun akan terjadi selepas ini, aku akan redha dengan ketentuan-Nya. Kerana aku tahu Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buat hamba-Nya. Semoga aku istiqamah untuk terus berubah menuju ke arah kebaikan sebelum 'pintu' itu tertutup buat selamanya..

Monday

It was 4.45pm and I was checking my facebook in front of my main door. Suddendly my students ran to my house and stand in front of me saying :" cikgu, kunci library?". (Translate: teacher, library key? - LOL direct translating)

I looked at them with me eyes wide opened and I answered : "why? Why would you want to borrow the library key? Who wants the key?"

"Teacher F. He asked us to borrow the key from you."

"Cannot! I dont want to lend it to you"

"Please teacher..." they begged me with their most cutest voice (lah sangat)

"Teacher, I am thirsty, we ran all over there to here just to get the key" a student said.

"Yes teacher, please gives us water. We are very thirsty and tired. It's hot!" Another student explain briefly.

"No way! Teacher dont have water!" I said. How -kedekut- i am.haha

"I saw a -minuman kotak- there teacher. On the table"

Omg! I cant just said NO cannot. I felt pitty on them. So i gave them the drinks. But then, they called their friends and they begged for another drinks! So i gave them again and opps! A student didnot get the drinks due to insufficient quota. Huhu.. I ask them to share and they said

"Dont want! "

OhmyGod. I was like "what the heck? I give that drinks for u to share but you dont want to share pulak!" a little thoughts that spoke in my mind.  I dont know what to say. Literally speaking , i was speechless. Haha! Sot. After ceramah for a few second, then barulah she wanted to share.

As they were walking to the school, i heard the same student said to her friend "jangan minum banyak ok! Nanti habis!!". Haha! Kids... they just say what they want to say..

Sunday, February 2, 2014

Januari Memories~

Januari.
Kau pergi tinggalkan seribu satu memori.
Kisahku sejarahku terpahat dalam hati.
Tak akan mungkin aku melupai.

#rap(lah sangat)#
Hari aku dah habis untuk bercuti,
Naik pesawat pergi ke Miri,
Berat langkahku berangkat pergi,
Tinggalkan famili kekasih hati.

Jauh perjalananku ke destinasi,Kembali bertugas mencari rezeki,
Kampung halaman pasti kurindui,
Namun apa daya aku di sini.

#ver1#
Satu jam kemudian pesawat aku tiba di Miri,
Terus ke kedai beli keperluan diri.
Beli, beli, beli,
Money, Money, Money.
Flows like waterfall as I can see.

Separuh perjalananku ke destinasi,
Aku tertidur dibuai mimpi,
Mimpiku pelik; bermacam kunci?
Muncul di minda aku tak peduli.

Bilaku terjaga dari mimpi,
Otakku ligat berfikir-fikir,
Di mana letaknya itu kunci,
Rupanya tertinggal di rumah dlm laci.

#isi hati#
Lupa bawa kunci,???!
Macam mana nak buka pintu?
Dah la satu ja kunci! Kakak tu tak balik pada hari yang sama. So xda kunci spare. Tidur di luar la jawabnya?!
Kenalah minta tolong jiran sebelah pecah rumah untuk masuk. Huhu.
Abang2 jiran sebelah pun membantu. Yes. Wlpun pintu tak ada rupa macam pintu dah, tidak apa yang penting Pintu berjaya dibuka dan tidur di dalam rumah bukan di luar rumah. Dan akan dibaiki pada keesokkan harinya. Terima kasih.

-mission 1 completed-

#c/o rap#

#ver2#
Bangun aku di pagi hari,
Perutku berbunyi minta diisi,
Laju langkahku pergi ke dapur,
Ku buka api rupanya gas dah habis,
Minyak masak,
Bekas beras ku nampak kosong kosong kosong kosong.

#isi hati part 2#
Pintu dah dibaiki. Lari pergi kampung beli biskut termasuk tong gas dan minyak masak. Biskut dah ada. Tong gas tak ada. Nasib ada rice cooker. Segala pengalaman semasa zaman kampus dulu digunakan semula. Masak menggunakan rice cooker. Yepp.. :)) Jiran sebelah pun offer bawa makan kat rumah mereka.. aku tebalkan muka saja pergi sebelah join makan kat situ

#mission 2 completed#

Cukup

Saturday, February 1, 2014

2 days in a row .

Semalam aku dikejutkan dengan berita buruk. Aku agak terkedu bila dapat tahu akaun bank hilang sebanyak 188usd. Aku sangat2 tidak percaya. Sangat. Tapi apa boleh buat. Salah diri sendiri juga. Tidak berhati-hati. Hari ini pula maybank aku telah diblock dan langsung tak dapat membuat apa-apa transaksi melalui perbankan internet . Tidak dilupakan juga dengan kejadian pertama dalam hidup aku tengah hari tadi, apabila jari tersepit pada pintu kereta. Tak tahulah mcm mn boleh tersepit.

Aku anggap semua ni ujian drpd-Nya. Byk ujian aku lalui dalam bulan Januari ini. Mungkin sebagai peringatan. Kadang2 nikmat yang diberi itu membuat kita alpa dalam mengejar keseronokkan duniawi dan seringkali lupa untuk bersyukur. Lupa bahawa mudah dan senang itu semua datangnya dari Allah. Hanya bila dah jatuh tersungkur, barulah merangkak-rangkak mengingatkan kekuasaan-Nya yang mampu menarik balik nikmat dalam sekelip mata.

Mungkin juga pada tahun lps aku tidak kerja dengan tekun. Dan Allah menarik balik rezeki yang tidak berkat itu. Semua yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Dari kita sahaja untuk menilai dan menerimanya. Redha. Anggap sahaja Allah menarik sesuatu itu untuk menggantikan sesuatu yang lebih baik.. Sesungguhnya Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Allah tahu apa yang ada di hadapan dan belakang kita. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Memohonlah pada-Nya agar dipermudahkan segala urusan.

Tweet Tweet