tepat jam 4.30pm..
Terjagaku dari lelapku.. Earphone masih tersumbat lam tlinga.. lagu2 masih berputar.. aku cuba tuk lelapkan mata.. dengan harapan aku terus t'tidur.. 30 minit berlalu, aku masih terbaring atas tilam n katil yang agak kurang selesa ni, n masih tak dpt tidur.. what's wrong??! otakku sangat bergeliga memikirkan masalah2 hidupku.. arghh.. andainya aku bisa putarkan waktu.. aku teringin kembali pada zaman kanak-kanakku.. tiada tekanan, tiada masalah, cuma perlu bermain, bermain dan terus bermain... tak kenal erti susah.. tak kenal erti penat.. tak kenal erti 'sakit'... tak kenal erti kecewa..
tetiba.. surah Yassin berkumandang lam telinga.. sayu kedengaran tiap2 ayat suci yang memasuki corong2 telingaku.. masa ni jgk terasa kerdilnya diri ini di sisi-Nya.. tak terhitung tak terkira dosa dan pahala.. masa ni jgk teringat pada mummy kat umah.. rindunya kat keluarga.. 3 minggu tak balik.. baru ja smlm khidma€t pesanan ringkas dihantar pada my mummy n meminta restu darinya tuk jalani MUET pada 25/April/2009.. seperti biasa, mummy bagi nasihat, jangan tinggalkan solat, bykkan berdoa.. lagi sekali aku terkena.. tak terhitung solat yang aku tinggalkan.. begitulah manusia.. bila dilanda masalah n tekanan, baru nak teringatkan-Nya.. berdosanya aku...
Teringat MUET pagi td.. Aku masuk dewan dengan penuh keyakinan.. tapi dalamann?? tak siapa yang tahu.. aku tak tahulah mengapa setiap kali bila dekat exam besar cmni, aku agak moody dan ada saja masalah n tekanan yang melanda.. aku cuba beri perhatian pada kertas2 yang aku ambil.. sebelum menjawab, aku baca doa penenang hati dengan harapan aku dapat jawab semuanya dengan tenang.. yaa.. kertas pertama, iaitu reading, atau juga dalam bahasa melayunya, pemahaman, aku dapat jawab ngan baik.. namun, bila masuk petikan kedua, mula dari soalan ke 7 kalau tak silap, kepala aku terasa berat yang amat sangat..
Semakin aku membaca petikan2 yang ada di kertas itu, kepala aku terasa sakit.. migrain?? i dunnoe.. maybe lar.. cuz my mum pun ada migrain, so tidak hairanlah kalau aku pun ada penyakit ni.. terus terang aku katakan, aku tidak dapat menjawab dengan baik pada petikan yang kedua dan ketiga.. tuk mengurangkan rasa sakit kepala ini, aku melihat siling dewan tu.. dan menggerakkan mataku ke kiri dan ke kanan.. Bagai nak pecah kepala ni.. kenapa pada waktu exam penting ni penyakit ni datang?? kemudian, perutku juga berkeroncong minta untuk diisi.. tak tahu lar sama ada orang terdengar atau tidak bunyi perutku yang comel ini..
Sakit kepala itu membuat aku tersandar pada kerusi.. pretending yang aku boleh bertahan.. aku membaca petikan ke-empat dengan cara seorang 'taiko', 'samseng'.. aku tak peduli apa orang katakan.. yang penting aku mesti baca n jawab jugak petikan tu.. akhirnya petikan ke-empat dan ke-lima aku berpuas hati dengan jawab tersebut.. lalu aku 'check' semula petikan yang sebelumnya.. namun masa tidak mencukupi.. arghh~ biarlaa... tawakal jak lar.. i did my best..
Kertas kedua (writing) aku jawab apa yang ada di otakku.. penat aku memerah otak.. akhirnya sekali lagi, kepala aku mula buat hal.. tanpa mempedulikan pemeriksa yang sedang melihat ragam dan perlakuan kami yang tengah menjawab, aku terus memicit-micit kepala aku.. ahh.. pedulilah.. terasa macam nak pergi facial or cuci rambut jak tym tu cuz nak kena urut kepala.. soalan aku jawab dalam masa 20 minit sedangkan masa yang diperuntukkan adalah 40 minit.. maaflah.. aku memang tak dapat nak fikir dah cuz kepala ni buat hal.. masuk ja soalan ke2.. aku jawab lintang pukang.. pendahuluannya memang agak 'power' gak lar ayat dia.. tapi bila da masuk isi2 tu, aku kehilangan kata-kata.. tak tersusun ayat-ayat yang aku cuba keluarkan..
Kertas ke3, (listening).. sangat senang hati.. sebab kertas terakhir tuk hari ini.. lepas ni bolehlah aku tidur lepas makan panadol.. lepas saja menjawab, aku terus blah dari dewan tu.. lalu menuju ke cafe.. nak beli makanan, tapi langsung takda makanan yang menyelerakan.. nak makan kat luar pun, terasa malas sangat kaki-kaki ni tuk melangkah kuar dari IP.. lagi 1 yang 'hen ma fan', nak berurusan dengan security kat depan tu hah.. kuar pun nak kad matrix.. kalau orang takda kad matrix tu takleh kuar lar tu? Adeh.. sangat merimaskan.. macam asrama sekolah adik aku kat smesh tu pulak nak tinggalkan kad pelajar..
alamatnya, tak makan nasi lah aku hari ni.. selera makan aku tidak menentu sejak bulan 3 yang lepas.. aku tak tahulah mengapa.. semuanya kerana tekanan.. exam lagi.. tak apalah.. yang penting.... minggu depan kami ada lawatan pergi ke sekolah-sekolah.. n yang pasti, aku mahu balik rumah minggu depan.. *aduiii.. napa ayat sya skema ni????!!*
No comments:
Post a Comment