2014. Happy New Year!
Nampak sangat aku jarang update blog aku sendiri kan. Boleh dikira. Setahun hanya sekali. Tak apa, nanti aku akan update la perkara2 tahun lps just by upload photos here okay? By the way, happy new year! Walaupun dah nak ke penghujung bulan... tp.. masih sempat bukan? Haha!
Chinese New Year Soon!
Minggu depan cuti CNY.. tak adalah lama sangat.. sekurang-kurangnya dapat juga balik hometown yang dirindui..
Sebenarnya, banyak sangat perkara dan peristiwa sepanjang tahun lepas dan awal tahun ni yang ingin aku kongsikan dalam blog. namun, kekangan masa dan liputan internet tidak begitu mengizinkan. Ohohoi! Skema tak ayat aku?
List memori pada tahun 2013
1. Dapat driving lesen
2. Dapat posting ke Sarawak.
3. Cousin (ijal) bertunang at johor
4. Cousin's (del) wedding day (tapi tak dapat pergi atas faktor kerja)
5. Konvokesyen di PICC
6. Gaji pertama
7. Holiday at KL again on Nov
8. Cousin (ijal) wedding day/month!
9. Ramai kenalan dan kawan yang berkahwin!
Congrates buat kawan2 semua yang dah kahwin! Sorry tak dapat hadirkan diri sewaktu majlis walaupun telah menerima kad jemputan/ invitation event on FB.
Kebetulan ada planning lain pada hari tersebut selain drpd faktor transport. Huhu. Maafkan hamba ye.. Nanti waktu kite kahwin sila2 la hadirkan diri ye. Risau pulak nanti tak ada yang sudi datang.. hihi~~
Cerita pasal kahwin. Hah.. umur2 mcm aku skrg ni, memang tak lepas ditanya soalan tu. Memang dah kerap sangat dah..
"Bila nak kahwin?"
"Dah berapa dah umur ni?"
Alahai.. selamba katak jer soal aku camtu.. aku pun mati katak juga nak jawab.. yalah.. sapa tak nak kahwin kan? Lgpun kite ni kan pompuan.. tunggu pihak lelaki a.k.a putera kayangan la kot datang meminang.. tak kan la aku yang meminang anak teruna orang kan? Kalau aku ni lelaki, mmg aku x kisah bila kena soal mcm tu.. sbb mmg belum masanya 'aku' kahwin umur mcm ni.. permasalahannya aku ni pompuan. Aha! Bukan kwn2 or aunty2 saja yang bertanya tau! Mummy aku pun balik2 tanya soalan cepu emas. Aku pun dah naik rimas disoal soalan yang sama. Kata Mummy, seusia 23 dia dah kahwin dah.. Aku skrg dah lebih 23.. Mummy! Andai kata 2 tahun dr skrg diri ini belum ada yang datang meminang.., Tolong carikan putera raja untuk anak pompuan mummy ni boleh tak? Hahaha! Mmg soalan yg x boleh blah dah tu bila umur dah mencecah 20an.. lainlah kalau umur aku ni masih belasan tahun.. hah..baru sahaja cikgu sebelah rumah aku menanyakan soalan yg sama.. y.. ohmaii...
Apa tidaknya.. tahun lepas aku pernah menyuarakan keinginan aku untuk mengambil cuti rehat kat GB sekolah aku, uruskan surat SPP, sambil ambil kesempatan nak balik sabah la kononnya. Hometown terchenta! Cewah.. namun agak kecewa. Tarikh yg sepatutnya aku nak cuti tu ada pula kursus dalaman kat sekolah. boleh saja aku tinggalkan kursus tu. Tetapi yelah, aku pun masih baru mulakan kerja yang mulia ini, takkan nak tunjuk taiko sangat kan. haha! alih2 dah tanya kat GB, aku sendiri pula membuat keputusan untuk membatalkan cuti tu. kira kes dah settle antara aku dan GB. Tak nak ambil cuti2 lagi dah. Tiba-tiba sewaktu GB bagi ucapan kat kursus itu, sempat dia cakap depan rakan-rakan sekerja lain "ya..cikgu wanie? Bagaimana kursus kahwin kamu tu? Dah jumpa tarikh yang lain?". Lebih kurang macam itulah gaya soalannya.
Semua rakan-rakan aku memandang aku dengan rupa yang kebingungan. Pasti dalam hati mereka fikir yang bukan-bukan. Aduh!! Habis panas terbakar muka aku yang tak seberapa cerah ini. Huhu. Apalah GB ni! Suka hati dia je nak cakap apa dia nak.
"Wanie! Ooooo! Diam-diam kamu aa"
"Kamu dah nak kahwin? bila kahwin?"
"Jangan lupa jemput tau! Jangan pula nanti tiba-tiba dah kahwin pula tanpa jemputan"
Paaap!!! Satu-satu tanya aku.. aduh!! Aku belum nak kahwinlah!!! (Masih menunggu prince charming datang meminang. Berangan sgt la kau ni wanie! Haha) Perasaan aku saat itu hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau betul kan bagus. Pasti akulah orang yang paling bahagia di dunia ini. Tapi itu hanya mainan kata-kata GB yang saja nak mengenakan aku. Dah dichop muka CUTI dah aku ni. Apa taknya, asal pergi pejabat GB, tanya pasal cuti. Dah namanya hidup jauh dari rumah dan keluarga. Hati siapa yang tak ingin balik menjenguk family kan? Saja nak confirmation awal dr GB agar dapat merancang masa perjalanan dan menguruskan pembelian tiket kapal terbang. Kalau yang hidup dan tinggal berjauhan dengan family tu memang akan faham. Kalau tak, memang TIDAK AKAN FAHAM. Lagipun memang sedari zaman kampus IPG lg muka aku ni tiap minggu kerap naik turun bas dari Keningau ke Kota Kinabalu. Soal wang, belakang kira. Ada tak ada, yang penting dapat balik KK. Sehinggakan konduktor bas dan penjaga tiket bas di pondok stesen bas tu pun dah cam sangat dah muka aku. Asyik-asyik muka aku. Hei! Takkan nak marahkan aku nak naik bas company korang? Aku pelanggan tetap okay! Hehe..
Bila diingatkan semula, aku pun hairan. Sampai macam tu sekali aku habiskan duit untuk ulak alik balik kk. Kira aku bernasib baik dapat IPG yang tak jauh sangat seperti di Semenanjung, Sarawak, mahupun di kawasan sabah sendiri iaitu Tawau waktu itu. Sejak aku dipostingkan di Sarawak ni, macam-macam dugaan dan ujian yang datang.. Aku memerlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri. Hmm.... kalau aku cerita, memang dah boleh buat novel dah. Kita sambung di episode lain pula ye..
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca coretan kisah hidup yang tak seberapa ini.. :)
"Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Percaya pada Tuhan. Tuhan lebih tahu. Dia dapat melihat sehingga ke ajal kita apa yang akan berlaku. Dia telah merancang sesuatu yang terbaik buat kita. Jangan pernah berhenti berdoa. Bersangka baiklah kepada-Nya"
No comments:
Post a Comment